MIAMI: Inter Miami diterajui Lionel Messi mengekalkan kedudukan di tangga kedua Konferens Timur menerusi keputusan seri 3-3 menentang Charlotte dalam perlawanan terakhir musim biasa MLS pagi tadi, selepas mensia-siakan beberapa peluang.
Bintang Argentina itu membantu dua gol pertama di Stadium Nu, kedua-duanya menerusi sepakan penjuru, sekali gus memastikan juara bertahan itu memperoleh kelebihan beraksi di laman sendiri sekurang-kurangnya dalam dua pusingan pertama playoff.
Ian Fray, Luis Suarez dan Rodrigo De Paul meledak tiga gol pada babak pertama buat Inter Miami sebelum dua jaringan Liel Abada sejurus selepas rehat mencetuskan kebangkitan Charlotte. Rodolfo Aloko kemudian menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi pertahanan yang lemah.








