Jasin: Penambahbaikan infrastruktur asas, khususnya penyelenggaraan jalan dan pencahayaan di kawasan berisiko, antara agenda yang mahu diteruskan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, sekiranya diberikan mandat sekali lagi.

Khaidhirah berkata, meskipun pelbagai usaha penambahbaikan dilaksanakan sepanjang lima tahun lalu, masih terdapat beberapa keperluan penduduk yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Beliau mengakui tempoh satu penggal tidak mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan masalah setempat, terutama membabitkan kerja menurap jalan, membaik pulih kemudahan dan menambah pencahayaan.

"Mana boleh kita selesaikan semua dalam masa lima tahun semata-mata.