ALOR SETAR: Pelumba Malaysia, Fazrul Fauzi mencatat sejarah membanggakan apabila muncul juara dalam Kejohanan Bot Laju Dunia Kedah 2026 yang pertama kali dianjurkan di kawasan Sungai Kedah semalam.

Pelumba kategori F3000 itu berjaya mengatasi Ezzat Tahir, juga dari Malaysia yang menduduki tempat kedua dan pelumba Finland, Risto Painio di tempat ketiga.

Manakala untuk saingan T750 pula, pelumba dari Singapura, Clement Tham turut cemerlang di kedukan pertama, dengan dua lagi pelumba, Sayed (Malaysia) dan CK Siu (England) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Selain itu, Presiden Persatuan Sukan Bot Laju Malaysia, Ezzat memperoleh kemenangan berganda selepas turut merangkul piala dalam acara Feature Race.