KUALA LUMPUR - Malaysia dan Türkiye bersetuju memperkukuh kerjasama strategik dua hala serta memperluas agenda ekonomi, perdagangan dan keselamatan serantau, dengan sasaran meningkatkan nilai perdagangan kepada AS$10 bilion menjelang 2030.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Istanbul Congress Centre (ICC) pada 6 November lalu.Menurutnya, pertemuan kira-kira 30 minit selepas Majlis Perasmian TRT World Forum 2026 itu menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai hala tuju hubungan Malaysia-Türkiye, kerjasama strategik dua hala dan perkembangan geopolitik serta keselamatan serantau."Kedua-dua pihak turut membincangkan keperluan memperluas hubungan ekonomi dan perdagangan bagi meningkatkan nilai perdagangan dua hala daripada AS$5.6 bilion pada 2025 kepada AS$10 bilion menjelang 2030," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Dalam hubungan itu, penubuhan High-Level Strategic Cooperation Council (HLSCC), yang mengadakan mesyuarat sulung di Ankara pada Januari 2026, menjadi mekanisme penting untuk menyelaras keutamaan dan mempercepat pelaksanaan kerjasama strategik kedua-dua negara.Ahmad Zahid berkata, beliau turut menggariskan potensi memperluas kerjasama dalam bidang pelaburan, industri pertahanan, pemindahan teknologi, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), industri halal serta pengurusan bencana.Menurutnya, hubungan strategik Malaysia-Türkiye perlu melangkaui kerjasama tradisional dan diterjemahkan kepada inisiatif lebih konkrit, khususnya dalam membuka peluang pelaburan, memperkukuh kapasiti industri, memperluas pemindahan kepakaran serta meningkatkan daya saing ekonomi kedua-dua negara."Dalam konteks hubungan ASEAN-Türkiye, komitmen Malaysia selaku negara penyelaras untuk terus memperkukuh hubungan kedua-dua pihak dengan memberikan tumpuan kepada peluasan perdagangan, kerjasama teknologi dan pembangunan modal insan," tegasnya.Menyentuh perkembangan keselamatan dan geopolitik, Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu turut membincangkan situasi di Syria, Lubnan dan Palestin, khususnya keadaan di Gaza yang terus menuntut perhatian serius masyarakat antarabangsa.Beliau berkata, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap konflik berterusan serta kesannya terhadap kestabilan serantau, keselamatan orang awam dan keadaan kemanusiaan di kawasan terjejas.Menurutnya, pendirian Malaysia jelas bahawa usaha mencapai keamanan berkekalan mesti berteraskan penghormatan terhadap kedaulatan negara, undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan."Perlindungan orang awam dan jaminan akses bantuan kemanusiaan tidak boleh diketepikan dalam apa jua keadaan," katanya.Beliau turut menegaskan masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam meredakan ketegangan, menghentikan penderitaan rakyat yang terkesan akibat konflik dan mengutamakan penyelesa
Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama strategik, sasar dagangan AS$10 bilion menjelang 2030
KUALA LUMPUR - Malaysia dan Türkiye bersetuju memperkukuh kerjasama strategik dua hala serta memperluas agenda ekonomi, perdagangan dan keselamatan...

Key takeaways
Malaysia dan Turki bersetuju memperkukuh kerjasama strategik dua hala dengan sasaran meningkatkan perdagangan kepada AS$10 bilion menjelang 2030.
- Pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Turki membincangkan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
- Sasaran meningkatkan nilai perdagangan dua hala dari AS$5.6 bilion pada 2025 kepada AS$10 bilion menjelang 2030.
- Pembentukan High-Level Strategic Cooperation Council menjadi mekanisme penting untuk menyelaras kerjasama strategik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kerjasama Malaysia-Turkiye lebih sekadar perolehan aset
- Sinar Harian Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama strategik, sasar dagangan AS$10 bilion menjelang 2030 (this story)









