ISTANBUL: Hubungan strategik Malaysia-Turkiye perlu melangkaui kerjasama tradisional dan diterjemahkan kepada inisiatif lebih jitu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu disentuh dalam pertemuan selama 30 minit dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan di luar Forum Dunia TRT 2026 di sini, semalam.
Tegas Ahmad Zahid, pertemuan itu turut menyaksikan kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai keperluan memperluas hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, khususnya meningkatkan nilai perdagangan dua hala daripada AS$5.6 bilion pada 2025 kepada AS$10 bilion menjelang 2030.
"Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi yang mengadakan mesyuarat pertamanya di Ankara pada Januari lalu adalah mekanisme penting bagi menyelaraskan keutamaan.








