PETALING JAYA – Kampung Melayu Subang sekali lagi dinaiki air susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut pada petang ini.
Menerusi perkongsian video daripada penduduk di kawasan tersebut pada platform Threads, terdapat beberapa laluan dinaiki air sehingga paras tayar kereta, manakala kelihatan air sungai mengalir deras.
Dalam masa sama, penduduk menyuarakan kebimbangan sekiranya rumah mereka dimasuki air sekali lagi susulan hujan lebat petang ini.
“Hujan 20 minit terus naik air, semoga dipermudah untuk warga Kampung Melayu Subang,” kongsi pengguna Threads Nrlazuwana yang memuat naik video keadaan jalan dinaiki air.









