JAKARTA – Empat sukarelawan bomba mengalami kerasukan beramai-ramai semasa memadamkam kebakaran hutan dan tanah gambut di Kota Samarinda, wilayah Kalimantan Timur, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian aneh itu berlaku ketika operasi pemadaman kebakaran yang memasuki hari ke-4 di Kampung Makroman, baru-baru ini.
Selain menjejaskan kawasan seluas kira-kira 50 hektar, anggota bomba dan sukarelawan turut berdepan tanah gambut yang tebal sehingga menyebabkan api sukar dipadamkan dan sumber air yang jauh.
Koordinator Lapangan Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Kota Samarinda, Nanang Arifin berkata, kejadian misteri itu berlaku pada pukul 6.20 petang (waktu tempatan).









