MASJID TANAH: Seorang pemuda diselamatkan anggota bomba selepas tersesat di kawasan paya di Bukit Batu Putih, Port Dickson, di sini, hari ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli, berkata keluarga mangsa menghubungi pihak bomba pada jam 12.35 tengah hari, selepas bimbang pemuda berusia 23 itu tidak pulang seperti dijanjikan pada 10 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pasukan bomba mengesahkan seorang lelaki dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki dan operasi pencarian dijalankan dengan bantuan anggota BBP Teluk Kemang.