KUALA LUMPUR: Pengalaman berdepan peminat lelaki yang bertindak agresif dan obses sehingga membuatkan dirinya berasa tidak selamat, meninggalkan kesan trauma kepada penyanyi remaja, Oddah atau nama sebenarnya Auddra Zulkifli.

Oddah, 17, berkata insiden itu menjadi pengajaran besar buat dirinya untuk lebih berhati-hati ketika berinteraksi dengan peminat, terutama apabila berdepan individu yang terlalu taksub terhadap dirinya.

Mengakui masih berasa sedikit trauma, Oddah berkata, dia kini lebih menjaga batasan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan dirinya terpelihara.

"Sejujurnya, selepas insiden itu memang saya berasa agak trauma. Disebabkan itulah, sekarang ini saya lebih menjaga batasan dengan peminat.