Kuala Lumpur: Beberapa kawasan sekitar Kampung Melayu Subang, Shah Alam dilaporkan sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengah malam tadi.

Bencana itu melanda kawasan terbabit dua hari berturut-turut selepas insiden sama petang sebelumnya.

Berdasarkan perkongsian gambar, video dan sesi `live' oleh beberapa penduduk cuaca di kawasan terbabit masih hujan setakat 1.50 pagi dan air sudah mula memasuki kediaman penduduk.

Beberapa penduduk kelihatan berkumpul di hadapan rumah masing-masing dengan paras air dilihat mencecah paras pinggang orang dewasa.