TELUK INTAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak dengan senjata tajam oleh tiga lelaki di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian, berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sejurus kejadian sekitar jam 3.53 petang itu.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang tiga lelaki menggunakan parang, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.
"Susulan itu, seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan.










