DUBAI: Jurang antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) masih jauh bagi mencapai persetujuan untuk kedua-dua negara menamatkan perang, menurut seorang pegawai kanan Iran pada.

Sementara itu, Qatar terus meningkatkan usaha sebagai pengantara bagi merapatkan jurang perbezaan dan mengelak konflik kembali memuncak selepas pilihan raya pertengahan penggal AS.

Di sebelah malam, AS melancarkan serangan disifatkan sebagai tindakan pertahanan di Pulau Qeshm, Iran, menyasarkan peluru berpandu didakwa digunakan untuk menyerang aset ketenteraan AS, menurut pegawai AS.

Seorang lagi pegawai menyatakan serangan itu kelihatan terhad dan tidak menunjukkan bahawa AS akan kembali melancarkan operasi ketenteraan berskala besar.