TELUK INTAN - Seorang lelaki maut selepas dipercayai diserang tiga lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai di sini pada Selasa.Dalam kejadian jam 3.53 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan akibat kecederaan yang dialami."Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki menggunakan senjata tajam jenis parang."Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, termasuk pergerakan individu atau kenderaan mencurigakan di sekitar lokasi, supaya tampil membantu siasatan.Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Hilir Perak menerusi talian 05-629 9222 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang di depan kedai

Key takeaways
Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang di depan sebuah kedai di Teluk Intan.
- Lelaki itu diserang pada jam 3.53 petang dan dibawa ke hospital.
- Siasatan awal mendapati tiga lelaki menggunakan parang sebagai senjata.
- Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Lelaki maut ditetak, tiga ditahan
- Sinar Harian Lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang di depan kedai (this story)
- Free Malaysia Today Wanita ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditetak parang
- Utusan Malaysia Lelaki maut ditetak dengan parang








