TELUK INTAN: Seorang lelaki maut selepas ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, maklumat kejadian tetak itu diterima pada pukul 3.53 petang menerusi laporan oleh orang awam.

Katanya, mangsa berusia 48 tahun yang mengalami kecederaan parah, dikejarkan ke Hospital Teluk Intan namun meninggal dunia di jabatan kecemasan hospital berkenaan ketika rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai parang.