'bidak catur' mana-mana kuasa besar dalam persaingan geopolitik telekomunikasi global.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian berkecuali bagi memastikan pembangunan infrastruktur digital negara tidak dipengaruhi kepentingan pihak tertentu.

Katanya, pendirian itu menjadi asas kepada keputusan kerajaan melaksanakan peralihan daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian 5G, sekali gus memastikan keseimbangan dalam penggunaan teknologi dan penyedia peralatan telekomunikasi.

Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan mudah kerana Malaysia perlu mengemudi pelbagai kepentingan geopolitik termasuk pandangan berbeza daripada wakil diplomatik negara asing.