KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir terus merekodkan peningkatan kepada 4,731 orang yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri, sehingga jam 6 petang hari ini.

Semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati, jumlah mangsa banjir itu meningkat berbanding 4,234 orang membabitkan 253 keluarga, pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut portal sama, daripada jumlah itu, seramai 906 adalah perempuan, manakala 711 lagi lelaki, kanak-kanak (1,721), bayi (1,393), warga emas (51) dan orang kurang upaya (11).

"Selangor merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,272 orang daripada 260 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS membabitkan lima daerah.