Kuala Lumpur: Situasi banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 4,234 orang membabitkan 253 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri setakat 2.30 petang hari ini.
Angka itu meningkat berbanding seramai 1,252 orang daripada 335 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di dua negeri setakat 7.30 pagi tadi.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat negeri terjejas ialah Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Daripada keseluruhan jumlah mangsa, seramai 746 adalah wanita dewasa termasuk warga emas, 584 lelaki dewasa termasuk warga emas, 1,099 kanak-kanak perempuan, 418 kanak-kanak lelaki, 507 bayi perempuan dan 880 bayi lelaki.









