Seremban: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Datuk Ismail Lasim, selain menegaskan tiada usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap pemimpin itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Ahli Parlimen Jelebu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu berkata, dakwaan berkenaan tidak benar dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi melaga-lagakan pemimpin.
"Tidak benar dakwaan itu (nak ambil alih jawatan MB). Kamu ada dengar ke saya nak jatuhkan YAB Menteri Besar. Saya sudah jelaskan dalam mesyuarat tadi bahawa perkara itu tidak benar sama sekali walaupun sehingga pagi ini masih ada lagi pihak yang mengatakan kita akan buat usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.









