Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan wujud perpecahan atau kem tertentu dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri itu susulan polemik politik ketika ini.
Key takeaways
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menafikan dakwaan perpecahan dan kem tertentu dalam parti serta menegaskan tidak ada rancangan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Ismail Lasim.
- Jalaluddin menegaskan tiada kem UMNO atau BN di Negeri Sembilan.
- Dakwaan kem Jalaluddin dan Kem Ismail Lasim dianggap percubaan melaga-lagakan kepimpinan.
- Beliau menolak sebarang rancangan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan wujud perpecahan atau kem tertentu dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri itu susulan polemik politik ketika ini.
Beliau berkata, dakwaan kononnya wujud Kem Jalaluddin dan Kem Ismail Lasim (Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim) hanya cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakan kepimpinan parti di negeri ini.
Menurutnya, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat bersama Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN hari ini sebelum semua pihak mencapai kesepakatan bahawa tiada sebarang perpecahan dalam parti.
“Kita sepanjang pengetahuan saya dan rakan-rakan Ketua Bahagian serta ADUN, solidariti dan ikatan UMNO di Negeri Sembilan termasuk BN sangat kuat.