BEIJING – Seorang pekerja lelaki mengalami kesan lecur yang teruk apabila seluruh badannya disambar api selepas menyentuh talian elektrik bervoltan tinggi di China, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadin berlaku di Bandar Kaifeng di wilayah Henan, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pekerja terbabit sedang mengangkat sebuah besi panjang sebelum mengalihkan pandangan dan berbual dengan rakannya.
Situasi tenang bertukar cemas apabila dia tiba-tiba disambar api, menyebabkan beberapa pekerja dari kedai kereta berhampiran bergegas menyemburnya dengan alat pemadam api.









