Kuala Lumpur: DAP belum membincangkan soal pengganti Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Setiausaha Agung parti itu untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet.

Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan, berkata perkara itu belum wajar dibincangkan memandangkan peletakan jawatan Loke masih belum berkuat kuasa.

"Buat masa ini peletakan jawatan beliau belum berkuat kuasa selagi Datuk Seri Najib tidak jejak kaki ke rumah (jadi) tidak wajar untuk membincangkan soal siapa pengganti.

"Bila tiba masanya, keanggotaan Jemaah Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri. Sudah tentu Perdana Menteri akan buat keputusan selepas berbincang dengan Setiausaha Agung DAP sendiri," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.