ALOR SETAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum membincangkan pelantikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang baharu susulan keputusan mengembalikan penyandangnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu masih belum dibincangkan di peringkat kementerian
"Belum, kita belum bincang," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Mergong, di sini, hari ini.
Mengulas status perkhidmatan Mohd Shuhaily, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan mengikut aturan perkhidmatan awam susulan pertuduhan yang dikenakan terhadap pegawai terbabit.








