KUALA LUMPUR: DAP belum membincangkan pengganti Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Setiausaha Agung parti itu meletak jawatan daripada Kabinet.

Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan, berkata perkara itu belum wajar dibincang memandangkan peletakan jawatan Loke belum berkuat kuasa.

"Peletakan jawatan Loke belum berkuat kuasa selagi Datuk Seri Najib Razak tidak jejak kaki ke rumah, maka tidak wajar membincangkan soal siapa pengganti.

"Bila tiba masanya, keanggotaan Jemaah Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri. Sudah tentu beliau akan buat keputusan selepas berbincang dengan Setiausaha Agung DAP sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.