KUALA LUMPUR: Bank Rakyat memberi jaminan sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa dengan data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas meskipun berlaku gangguan akses buat sementara waktu.

Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan akses yang berlaku hanya menjejaskan laman web korporat bank itu dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Bank itu memaklumkan sementara pemulihan akses laman web korporat dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif seperti laman web iRakyat https://irakyat.com.my, aplikasi perbankan mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.