PETALING JAYA: Malaysia didakwa menjadi antara sasaran serangan siber dari luar negara bertubi-tubi tengah malam tadi.

Berdasarkan paparan peta ancaman langsung (Live Threat Map) oleh FortiGuard Labs, kelihatan beberapa lokasi di negara ini termasuk Cyberjaya, Shah Alam dan Petaling Jaya antara kawasan yang menerima ancaman serangan siber.

Menerusi paparan peta berkenaan, serangan dikesan datang dari beberapa negara termasuk Perancis, Bulgaria, Indonesia, Jepun dan China dengan tahap ancaman dikategorikan sebagai kritikal (Critical) dan tinggi (High).

Difahamkan, kebanyakan aktiviti yang dipaparkan melibatkan cubaan menceroboh sistem pelayan laman web serta penghala (router) internet yang digunakan di rumah dan pejabat.