Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk menamatkan 'badi' ke atas pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae tidak kesampaian apabila tewas straight set pada aksi separuh akhir Terbuka Korea, sebentar tadi.
Kekalahan itu turut menyaksikan peluang Wei Chong-Kai Wun untuk merangkul kejuaraan kedua berturut-turut selepas muncul juara Terbuka Perancis minggu lalu tidak kesampaian.
Dalam perlawanan itu, beregu kesembilan dunia berkenaan mempamerkan momentum serta corak permainan cukup meyakinkan, terutama pada set pertama apabila beberapa kali mendahului sebelum juara bertahan itu bangkit menyamakan kedudukan 17-17 dan memastikan kemenangan 21-17.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fumnoa1asdesd_134625.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


