Kuala Lumpur: Penyanyi, Ayu Damit sudah tidak berminat untuk terbabit dalam pertandingan nyanyian apabila mendakwa pernah berdepan pengalaman mistik ketika menyertai sebuah acara, kira-kira enam tahun lalu.
Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 37, berkata pengalaman menyertai pertandingan berkenaan membuatkan dia berasa serik.
"Rasanya masuk pertandingan (nyanyian) sudah tidak lagi, sebab cukuplah. Stress (tekanan) satu hal, banyak benda lagi yang nak kena fikir, jadi baik saya buat benda lain pula.
"Lagipun saya kini sambung belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan sangat fokus kerana sudah berada dalam semester akhir.









