Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mahu menerapkan corak permainan lebih pantas dan agresif dalam kalangan pemain sebagai persiapan menghadapi pengenalan format 15 mata bermula Terbuka Malaysia 2027.
Menurut Herry, format baharu itu memerlukan pemain bertindak atau beraksi lebih cepat dan tidak boleh lambat panas kerana keadaan itu akan merugikan mereka sendiri .
Katanya, beliau sudah melakukan beberapa perancangan termasuk latihan di gelanggang dan mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk pemain mendapatkan momentum itu.
"Permainan 15 mata ini sedikit berbeza. Saya rasa tidak memerlukan kuasa seperti ketika bermain 21 mata kerana coraknya lebih pendek.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fumnoa1asdesd_134625.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


