KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,045 lokasi hotspot banjir dikenal pasti di seluruh negara berdasarkan rekod kejadian banjir sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga tahun terkini.
Antara penyebab banjir termasuk limpahan air sungai, masalah saliran dan air laut pasang besar.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, faktor setempat seperti longkang tersumbat, pembangunan tidak terkawal, pembukaan tanah serta masalah pembuangan sampah turut dikenal pasti menjadi punca banjir.
"Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 609 lokasi diikuti Pahang (572 lokasi) dan Terengganu (460 lokasi).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fumnoa1asdesd_134625.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

