MELAKA: Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada orang ramai supaya menyimpan bekalan makanan bagi tempoh 72 jam seperti disaran Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik, sebaliknya meneruskan perbelanjaan harian seperti biasa mengikut keperluan masing-masing.
"Memang kita akui risau dengan situasi semasa termasuk ancaman siber, tetapi kita belum sampai ke peringkat untuk mengeluarkan arahan supaya rakyat menyimpan bekalan makanan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Semarak Tani Jualan Agro MADANI di Bukit Katil, di sini hari ini.








