PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dengan perancangan awal, penyelarasan sumber serta memberi keutamaan kepada kesiapsiagaan operasi.
Dalam kenyataan hari ini, PETRA memaklumkan, persediaan menghadapi MTL yang bermula 27 Oktober lalu dan dijangka berakhir pada Mac 2027 itu dilaksanakan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan pengurusan risiko banjir dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.
Ia memaklumkan, sepanjang MTL 2025/2026 dari 13 November 2025 hingga 31 Mac 2026, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS mengeluarkan 103 buletin hebahan, terdiri daripada 64 Buletin Ramalan Awal Banjir dan 39 Buletin Amaran Banjir.








