KANGAR: Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) disenaraikan dalam QS Asia University Rankings 2027 dengan menduduki kedudukan ke-150 di Asia Tenggara dan kelompok 901 hingga 950 di Asia.

Naib Canselor UniSIRAJ, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, berkata lebih membanggakan, pencapaian itu turut meletakkan universiti itu pada kedudukan tertinggi dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri di Malaysia (IPTN).

Beliau berkata, kejayaan itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap nama dan reputasi universiti, tetapi mencerminkan kesungguhan, komitmen serta usaha kolektif seluruh warga UniSIRAJ dalam membina kecemerlangan institusi.

"Pencapaian ini juga adalah manifestasi komitmen jitu UniSIRAJ dalam memastikan aspek jaminan kualiti sentiasa diberikan keutamaan, sebagai asas kepada pembangunan dan kelestarian kecemerlangan universiti.