Kuala Lumpur: Bilangan mangsa banjir terus merekodkan peningkatan kepada 4,731 orang yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri sehingga 6 petang hari ini.
Semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati jumlah mangsa banjir itu meningkat berbanding 4,234 orang membabitkan 253 keluarga pada 2.30 petang tadi.
Menurut portal sama, seramai 906 mangsa itu adalah perempuan, manakala 711 lagi lelaki, kanak-kanak (1,721), bayi (1,393), warga emas (51) dan orang kurang upaya (11).
"Selangor merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,272 orang daripada 260 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS membabitkan lima daerah.









