Hong Kong: Seorang nenek dijatuhi hukuman penjara 20 hari selepas menampar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun susulan pertikaian mengenai bola keranjang antara mangsa dan cucu lelakinya di kawasan permainan di sebuah pusat beli-belah APM di Kwun Tong, di sini, lapor South China Morning Post.

Tertuduh, Leung Lai-ha, 68, mengaku bersalah di mahkamah pada Khamis atas pertuduhan mencederakan kanak-kanak itu dalam kejadian pada 26 Ogos lalu. Dia turut mengakui bertindak mengikut perasaan.

Rakaman video kejadian menunjukkan pertengkaran membabitkan tiga individu dewasa iaitu Leung, anak perempuannya Ng Ka-wun, 34, dan ibu kepada mangsa, Xu Yang, 34, sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal.