Shah Alam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertikaikan.
Beliau berkata, ia kerana keputusan berkaitan pengampunan Najib bagi kes SRC International Sdn Bhd (SRC) sudah dibuat berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong dan segala persiapan bagi melaksanakannya juga sudah dibuat.
"Persoalan yang berbangkit sekarang ialah kes kedua iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
"Kes itu akan dimuktamadkan oleh Peguam Negara dan badan kehakiman. Jadi, apakah langkah seterusnya?









