PETALING JAYA – Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, justeru tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.

Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap Najib.

Menurut titah itu, pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.