PETALING JAYA – Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menzahirkan rasa kagum dan penghormatan tinggi terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya sebagai wanita hebat dalam dunia politik Malaysia.
Krisdayanti, 51, mengakui peluang mengenali tokoh wanita tersohor itu merupakan satu penghargaan besar buat dirinya.
“Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Perempuan Tangguh dalam Politik Malaysia.
“Wan Azizah Wan Ismail adalah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Merupakan satu penghormatan untuk saya dapat mengenali sosok perempuan yang begitu menginspirasikan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.









