KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenakan duti anti-lambakan sementara antara 4.41 peratus hingga 35.06 peratus ke atas import produk gulungan rata dari China, Taiwan dan Vietnam, berkuat kuasa hari ini.

MITI memaklumkan bahawa duti sementara itu akan dikenakan untuk tempoh sehingga 120 hari bagi mengelakkan kemudaratan selanjutnya terhadap industri tempatan, susulan penentuan awal yang mendapati terdapat bukti mencukupi untuk meneruskan penyiasatan.

Penyiasatan itu melibatkan import produk gulungan rata keluli aloi lain dan keluli bukan aloi yang disadur atau disalut aluminium dan zink, yang berasal atau dieksport dari ketiga-tiga negara berkenaan.

"Penyiasatan anti-lambakan itu dimulakan pada 17 Julai 2026 selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504) serta Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994, susulan petisyen yang dikemukakan oleh NS Bluescope Malaysia Sdn Bhd bagi pihak industri tempatan.