KUALA LUMPUR: Gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dikenakan denda dengan nilai keseluruhan RM53,600 susulan tiga kesalahan yang dilakukan pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), September lalu.

Hukuman terbabit yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) merangkumi kesalahan yang dilakukan oleh pasukan, pengendali dan juga pemain skuad Harimau Selatan.

Hukuman pertama yang dikenakan AFC membabitkan kesalahan JDT melewatkan separuh masa kedua selama dua minit selepas siasatan yang dijalankan badan induk itu dan disebabkan ini adalah kesalahan berulang buat kali ketiga, mereka didenda AS$2,250 (RM9,138).