Key takeaways
Dua kucing peliharaan mati dan seekor diselamatkan dalam kebakaran bengkel kenderaan di KT Car Lutong, Miri, pada 2 pagi. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.26 pagi selepas usaha pemadaman oleh bomba dan orang awam.
- Kebakaran berlaku di bengkel kenderaan KT Car Lutong, Miri, pada 2 pagi.
- Dua kucing mati dipercayai terperangkap dalam premis yang dipenuhi asap.
- Lima anggota bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada 2.18 pagi.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Miri: Dua kucing peliharaan mati terperangkap, manakala seekor lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran bengkel kenderaan di KT Car Lutong, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian pada 2 pagi itu, kakitangan stesen minyak berhampiran bersama orang awam berusaha memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Anak Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi sebelum lima anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.
"Api berjaya dikawal pada 3 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.26 pagi.