KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah pada Jumaat.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, titah Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 jelas dan tidak memberi ruang untuk sebarang tafsiran yang bercanggah.Beliau berkata, Baginda turut menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu tidak mempunyai sebarang kekaburan, selain semua syarat ditetapkan telah dipenuhi."Fakta-faktanya terang. Denda RM50 juta telah dijelaskan dan Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah tahanan rumah."Menteri Dalam Negeri sendiri telah mewartakan kediaman di Langgak Duta sebagai penjara di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Titah baginda, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, polis juga telah ditempatkan di kediaman berkenaan, manakala jalan menuju ke rumah itu ditutup sebagai sebahagian daripada persiapan pelaksanaan perintah berkenaan.Bagaimanapun, katanya, segala proses itu dihentikan pada saat akhir sebelum Najib dibawa semula ke penjara pada petang Jumaat selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan penangguhan sementara bagi mendapatkan penjelasan undang-undang.Sehubungan itu, beliau mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab kerajaan, termasuk pihak yang mengarahkan Ketua Pengarah Penjara menghentikan proses pemindahan yang sedang berjalan.Selain itu, beliau mempersoalkan peruntukan undang-undang yang membolehkan AGC menangguhkan pelaksanaan perintah pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut meminta penjelasan sama ada Perdana Menteri atau mana-mana Menteri terlibat atau dimak
Kerajaan perlu dedah siapa arah hentikan pemindahan Najib

Key takeaways
Kerajaan perlu dedahkan pihak yang arah hentikan pemindahan Najib ke tahanan rumah pada Jumaat.
- Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara mahu kerajaan dedahkan pihak bertanggungjawab.
- Titah Sultan Ibrahim 7 November 2026 jelas dan tidak ada ruang untuk tafsiran bercanggah.
- AGC tangguhkan tahanan rumah Najib untuk dapatkan penjelasan lanjut mengenai denda RM50 juta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Guan Eng gesa kerajaan hentikan TuJu
- Malaysiakini (BM) Saham Azam: Kerajaan belum putuskan dedah siasatan atau tidak
- Malaysiakini (BM) TuJu: LLM perlu bertanggungjawab jika kerajaan dikelirukan, kata Fahmi
- Malaysiakini (BM) Anwar sedia dedah isi kandungan CSA, tidak perlu dirahsiakan
- Berita Harian Bursa arah Zetrix bayar dividen, dedah maklumat material
- Sinar Harian Kerajaan perlu dedah siapa arah hentikan pemindahan Najib (this story)








