SHAH ALAM – Di sebalik kebimbangan terhadap ancaman serangan siber dari luar negara, tindakan Malaysia yang didakwa melancarkan serangan balas bertubi-tubi turut mencuri perhatian pengguna media sosial.Berdasarkan paparan peta ancaman langsung (Live Threat Map) oleh FortiGuard Labs yang tular, beberapa lokasi termasuk Cyberjaya, Shah Alam dan Petaling Jaya dikenal pasti antara kawasan yang merekodkan aktiviti ancaman siber.Paparan berkenaan turut menunjukkan aktiviti ancaman dikesan dari beberapa negara termasuk Perancis, Bulgaria, Indonesia, Jepun dan China dengan tahap ancaman dikategorikan sebagai kritikal dan tinggKebanyakan aktiviti yang dipaparkan dipercayai membabitkan cubaan menceroboh sistem pelayan laman web serta penghala internet yang digunakan di rumah dan pejabat.Bagaimanapun, perhatian pengguna media sosial turut tertumpu kepada dakwaan berlaku tindakan balas terhadap aktiviti serangan siber berkenaan, termasuk perkongsian mengenai individu dari Batu Pahat, Johor yang dikatakan terlibat dalam aktiviti tersebut sehingga lewat pagi.Seorang pengguna Threads, ItsJemek secara berseloroh memuji individu berkenaan yang didakwa bertindak balas terhadap serangan siber dari luar negara.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan sistem digital dan kemungkinan akaun peribadi mereka turut menjadi sasaran.Ada pengguna turut berkongsi pengalaman menerima notifikasi cubaan akses daripada lokasi luar negara terhadap akaun Apple ID mereka.Dalam pada itu, pengguna media sosial turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengemas kini sistem keselamatan peranti serta mengelakkan penggunaan kata laluan yang mudah diteka.Bagaimanapun, paparan lokasi dan tahap ancaman pada peta berkenaan tidak membuktikan berlakunya pencerobohan berjaya atau serangan yang dilancarkan oleh kerajaan negara tertentu.
Serangan siber bertubi-tubi, Malaysia didakwa bertindak balas

Key takeaways
Malaysia didakwa melancarkan serangan balas terhadap ancaman siber, menimbulkan kebimbangan pengguna media sosial.
- Beberapa kawasan seperti Cyberjaya dan Shah Alam merekodkan aktiviti ancaman siber.
- Pengguna media sosial bimbang keselamatan sistem digital dan akaun peribadi.
- Terdapat dakwaan individu dari Johor terlibat dalam aktiviti serangan siber.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber - PM
- Berita Harian Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber - PM
- Sinar Harian Serangan siber bertubi-tubi, Malaysia didakwa bertindak balas (this story)
- Harian Metro Serangan siber: Ancaman terhadap Malaysia meningkat








