KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan aktiviti klinikal berjalan seperti biasa dengan bantuan pakar dari luar Kelantan datang secara berjadual selepas pakar jatung Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini meletak jawatan baru-baru ini.Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, hospital berkenaan dijangka mendapat pakar baharu menjelang pertengahan Disember depan."Kita sudah kenal pasti pengganti kepada pakar berkenaan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pesakit tidak terjejas."Pakar turut hadir secara berjadual bagi memastikan operasi perkhidmatan pembedahan jantung di hospital berkenaan dapat diteruskan seperti biasa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Beliau berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan orang ramai selepas pakar jantung HPRZ II meletakkan jawatan apabila berita tersebut tular di laman sosial Facebook pada Jumaat.Terdahulu tular dilaman sosial yang mendakwa pakar bedah jantung telah meletak jawatan sekali gus menyaksikan kes kritikal melibatkan pembedahan jantung terpaksa dirujuk ke negeri lain.
Pakar letak jawatan, operasi jantung di HRPZ II berjalan seperti biasa, bakal terima pakar baharu - KKM

Key takeaways
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terus menjalankan operasi jantung seperti biasa dengan bantuan pakar luar Kelantan.
- Pakar jantung HRPZ II meletak jawatan, tetapi aktiviti klinikal tidak terjejas.
- Pakar baharu dijangka tiba menjelang pertengahan Disember.
- Pakar luar akan hadir secara berjadual untuk memastikan perkhidmatan pembedahan jantung diteruskan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Kuyt letak jawatan selepas kalahkan Liverpool
- Free Malaysia Today Pakar bedah letak jawatan, pembedahan jantung Kelantan, Terengganu tertangguh
- Sinar Harian Pakar letak jawatan, operasi jantung di HRPZ II berjalan seperti biasa, bakal terima pakar baharu - KKM (this story)









