Pada masa ini, kes jantung kritikal dari HRPZ II di Terengganu dihantar ke fasiliti di Serdang, Selangor, Pulau Pinang atau Kuantan, bergantung kepada kekosongan, menurut sumber. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pesakit jantung di Kelantan dan Terengganu mungkin terpaksa menunggu lebih lama sebelum dapat menjalani pembedahan berikutan peletakan jawatan satu-satunya pakar bedah kardiotorasik yang berkhidmat di kedua-dua negeri itu, kata seorang senator.
RA Lingeshwaran berkata, kira-kira 20 pesakit jantung mungkin perlu menunggu sehingga empat bulan sebelum dapat dibedah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan.
Satu sumber daripada HRPZ II mengesahkan bahawa unit kardiotorasik hospital itu ketiadaan pakar sejak bulan lepas.









