Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata pemilihan Abdul El-Sayed sebagai senator Muslim pertama AS perkembangan penting terhadap keterbukaan politik kaum dan agama.PETALING JAYA: Perkembangan di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan penolakan terhadap politik perkauman dan penindasan agama wajar dijadikan pengajaran dalam membina masyarakat yang menghormati kepelbagaian, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pemilihan Abdul El-Sayed sebagai anggota senat AS pertama beragama Islam adalah perkembangan penting yang menyaksikan keterbukaan politik terhadap kepelbagaian kaum dan agama.
Anwar berkata, situasi itu memberi gambaran politik tidak seharusnya berasaskan sentimen perkauman, sebaliknya memberi ruang kepada semua golongan mengambil bahagian dalam proses demokrasi.









