KUALA LUMPUR: Dalam mengejar tempat di tengah persaingan industri hiburan, pelakon Qistina Khaled tidak mahu dirinya dikenali hanya kerana kontroversi, sebaliknya mahu membina reputasi menerusi bakat dan kualiti lakonan.

Aktres berusia 22 tahun itu berkata, populariti sememangnya mampu memberikan pendedahan lebih luas, namun bukan jaminan seseorang mampu bertahan dalam industri kreatif yang sentiasa berubah.

Mengakui pernah menerima cadangan untuk meraih publisiti menerusi kontroversi, Qistina lebih selesa membina nama berdasarkan hasil kerja berbanding mencetuskan sensasi yang boleh menjejaskan reputasinya.

"Sudah tentu ada orang mencadangkan saya mencetuskan kontroversi supaya lebih dikenali. Namun, saya lebih selesa bina nama menerusi kerja sendiri dan bukan kontroversi yang sengaja dicipta.