JOHOR BAHRU: UMNO Johor menggesa pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disegerakan susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung perintah pengampunan bersyarat yang diputuskan sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Md Israk Abdullah, berkata titah baginda adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.

Beliau berkata, Seri Paduka turut menjelaskan bahawa perintah itu tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain yang dihadapi Najib, sekali gus tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaannya.

"Sehubungan itu, UMNO Johor menggesa semua pihak yang dipertanggungjawabkan segera menyempurnakan pelaksanaan perintah tersebut.