LOS ANGELES: Dua penerjun udara maut selepas dilaporkan berlanggar ketika berada di udara di Kaunti Riverside, California, semalam, lapor Xinhua yang memetik pegawai tempatan dan laporan media.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11.49 pagi waktu tempatan di bandar Lake Elsinore yang terletak kira-kira 110 kilometer (km) ke tenggara Los Angeles.
"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
"Tiada kecederaan lain dilaporkan," menurut Jabatan Bomba Kaunti Riverside dalam hantaran melalui platform X.









