CHUKAI - Seorang juruteknik pendingin udara maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), di Kilometer 275 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat sini pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa Muhammad Syukur Adnan, 23, menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ sebelum terbabas dan terjatuh di lorong sebelah kanan lebuh raya berkenaan."Pada masa sama, sebuah MPV jenis Perodua Alza dipandu lelaki berusia 45 tahun dikatakan cuba mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan, namun gagal dan merempuh motosikal mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Razi berkata, mangsa dalam perjalanan dari Janda Baik, Pahang menuju rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pemandu MPV tidak mengalami kecederaan."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama
Juruteknik pendingin udara maut motosikal terbabas di LPT2

Key takeaways
Seorang juruteknik pendingin udara maut selepas motosikalnya terbabas dan dilanggar sebuah MPV di Kilometer 275 Lebuhraya Pantai Timur 2, Chukai, pada 10 pagi.
- Mangsa Muhammad Syukur Adnan, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
- Pemandu MPV Perodua Alza berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.
- Mangsa sedang dalam perjalanan dari Janda Baik, Pahang, menuju ke rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Wanita maut kereta terbabas langgar pokok
- Harian Metro Dua maut dirempuh kereta terbabas
- Berita Harian 2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas
- Utusan Malaysia Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas
- Sinar Harian Juruteknik pendingin udara maut motosikal terbabas di LPT2 (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2F57707776d8a0b85913b7e42bc767a761.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
