AMPANG JAYA – Dua individu maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala ke Bukit Antarabangsa, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam apabila sebuah Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.
Menurutnya, kereta yang dipandu lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras sebelum melanggar bahagian hadapan sebuah Toyota Vellfire.
“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Ampang.









